Keluarga diraja Arab Saudi Sahkan Pemberian Dana RM2.6 Bilion Kepada PM

Dana RM2.6 bilion yang salur ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dilapor datang daripada Raja Arab Saudi terdahulu, Almarhum Raja Abdullah.

Dana itu bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi Pilihan Raya Umum 2013.

Perkara itu disahkan sumber terdekat keluarga diraja Arab Saudi kepada BBC.

Menurut sumber itu lagi, pemberian dana sedemikian merupakan perkara biasa dan turut diberi kepada negara-negara lain.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM mungkin rayu keputusan Peguam Negara berhubung siasatan kes dana itu dan juga SRC International.

Semalam, Peguam Negara umumkan Perdana Menteri tidak lakukan kesalahan jenayah berhubung kes berkenaan.

Connect to Car Magazine : Malaysian Edition! Like us on Facebook, follow us on Twitter and Instagram.


Topics:  general